Alhamdulillahhh… Salam Jumaat

25 Jan

Salammm Semua,,,

Alhamdulillah.. akhirnya Allah bukakan juga pintu rezki untuk adik iparku yang bersungguh2 menggunakan bakat yang di kurniakan oleh-Nya.

Setelah beberapa orang merasa dan mencuba urutan nyata ianya sangat memuaskan, apatah lagi di urut oleh orang muda yang masih larat, ternyata keajaiban buat yang dah lame pinggang tak berbunyi, yang dah lama tak letuk2 tulang belakangnya, semua bunyi dan letak –letuk.. akan saya masukkan gambar urutan tu nanti jika berkesempatan. (Sangat busy dengan Armand aqil yang sangat active dalam proses tumbesaran nya hehehhe..plus me now 6month preggy.. hermmm imagine imagine… not easy not easy…)

Tadi malam ada driver lorry urut katenya dah lame nak cari tukang urut muda coz selalu urut ngan org tua pecal-pecal jer.. tak bunyi2kan , al maklum driver lorry memandu lama, pinggang mesti tegang kan , Alhamdulillah dia bersyukur berjumpe ngan adik ipar saya,,, macm terubat terus ringan je badan.. Alhamdulillahh…

Ok lah next time sambung lagi… Untuk yang mencuba boleh PM saya di FB or just tweet me.. Mudah2an dapat membantu seadanya…

Image

Aside 23 Jan

Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

 

 

*** layanzzz lagu ni saMpai ngantoookkkkkkkkkkk!!!!!! hehehhe

Introduction…

23 Jan
our familyyy...

our familyyy…

Salam Semua..

Blog ini di cipta untuk permulaan langkah bagi saya untuk mempromosi urutan Tradisional turun temurun oleh Ayah mertua di Payakumbuh, Padang , Sumatera Barat, Indonesia.

Sebagaimana yang di ketahui (as per tajuk di atas) urutan ini bermula dari Ayahanda suami saya yang tercinta Dahnar – dan telah di pelajari oleh putera-putera nya yang seramai 8 orang untuk meneruskan ilmu ini. Urutan ini merupakan theory yang telah di turunkan kepada anak2 dan menjadi sumber utama rezki dalam keluarga setelah hampir separuh abad lamanya. Dengan membesar melihat ketekunan , susah payah jerih ayahanda, maka anak2 mula mempelajari dan bangganya mereka telah berjaya membuka perniagaan urutan ini secara mandiri / independent.

Alhamdulillah, kini kami ingin memperkenalkan urutan ini kepada orang –orang di Malaysia khususnya akan kebaikan dan naturalnya urutan / perubatan ini.

Tanpa memerlukan ilmu ghaib, hanya theory yang masuk di akal sahaja yang digunakan. Di Indonesia, jika patah / terkehel mereka tidak terus mencari doctor tetapi pergi kepada tukang urut yang berpengalaman keran mereka percaya walaupon sakitnya tidak hilang serta merta tetapi lebih natural (tanpa ada besi dalm badan). Allah ciptakan badan kita penuh dengan nyawa.. urat , tulang dan sebagainya.

Akan sambung di masa akan datang dengan gambar2 urutan yang lebih meyakinkan anda semua untuk mencuba. Niat kami ikhlsa membantu .. Sharing is caring!! Wink Wink !!